Picture of the day

Picture of the day

Buat lawak la ko bulan pose nie...

Friday, August 27, 2010.
Alhamdulillah.. dh sparuh bulan ramadhan berlalu.. stakat ni xde pape mslh besar dihadapi.. cme klu ade pon.. mslh kecik je la.. mslh masyarakat..huhu sabau je la...

hurm.. ari ni ak nk berkongsi sket ngan sesape yg sudi jenguk blog ak nie..
psl kawan a.k.a. sahabat dan nilai menilai org nie...hehe..

Ade sorang Hamba Allah amik dr petikan sabda Rasulullah S.A.W... yg berbunyi....


"Seseorang itu (dinilai) dengan siapa dia duduk bersama dan seseorang itu (diukur) dengan siapa dia berjalan. Oleh itu, hendaklah engkau memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."

tp tu la die x amik abes.... 

mmg betul.. bila nk memilih kawan hendak lah pilih yang baik2.. bak petikan ni..

"jika kau berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya wangian itu akan terkena padamu, dan jika kau berkawan dengan tukang besi, nescaya pakaian mu akan turut kotor dan rosak.."

ok.. bg ak la...ble kte berkawan tu biar la iklas..bkn smata2 kerana ingin mengambil kesempatan ats ape yg ade pd die... by the way.. biar aku smbung drpd hadis Rasulullah tadi....

Baginda bersabda: “Duduk dengan orang soleh lebih baik daripada duduk sendirian dan duduk sendirian lebih baik daripada duduk bersama kawan yang jahat.”
Daripada kedua-dua hadis ini, Baginda menjelaskan mengenai fungsi kawan dalam kehidupan. Ini kerana, jika baik kawan yang dipilih, maka baiklah diri seseorang itu. Sebaliknya jika buruk kawan dicari, maka buruk pula budi pekerti serta tingkah laku orang yang berkawan dengannya.
Sesungguhnya, persahabatan dan duduk bersama orang yang bertakwa kepada Allah dan orang soleh adalah suatu pendekatan diri kepada Allah serta persahabatan terpuji.

Maknanya, persahabatan yang menimbulkan kecintaan kepada Allah bakal memperoleh kelebihan dan dipandang tinggi oleh Islam.

Sebaliknya, persahabatan dengan orang jahat dan yang tidak mendatangkan faedah daripada persahabatannya atau orang lalai dan membelakangi perintah Allah serta tidak mengindahkan janji-Nya mengenai hari akhirat, amat dicela.

Sesiapa menyintai orang soleh iaitu yang menyandarkan seluruh amal dan baktinya atas ketakwaan kepada Allah, berjalan pada landasan Allah dan semata-mata kerana Allah, maka semestinya dia membenci orang yang gemar melakukan maksiat.

Sebab itu, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah dua perkara tidak boleh dipisahkan. Rasulullah bersabda:
“Seteguh-teguh pegangan iman ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.”
Hassan al-Bashri pernah berkata: “Memutuskan hubungan dengan orang fasik adalah usaha mendekatkan diri kepada Allah.”
Dengan ini, jelaslah bahawa setiap mukmin wajib menyintai orang yang gemar melakukan kebajikan, patuh kepada perintah agama serta berilmu......

Ok.. daripada penjelasan td...aku nak menambah sket..

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)..  

Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)..

Jadi... daripada hadis2 dan penjelasan2 td.. dinyatakan tentang kawan dan tujuan kawan.. sangat la KELAKAR bila ade Hamba Allah ni.. guna la hadis2 ni dan tuju kepada seorang kawan ni... yang jadi kelakarnya bila Hamba Allah ni tak sedar bahawasanya dia tu macam mana.. dari segi lahiriahnya nampak baik... tapi... sebaliknya pada hati.. mane xnyer di fitnahnye kwn ni..di pulaukan kwn ni.. alih2 kwn ni yang disalahkannye.. dan yang paling menyedihkan..ade la sorg mamat ni yang bley dikatakan bagus lagi baik, yang datangnya dari universiti islam terkemuka di Malaysia..bley lak terpengaruh ngan hamba Allah ni.. ape la nk jadi..

ok..aku nk terangkan tentang petikan yg ak bold dan kaler merah
maksudnye kte kne pndai pilh kawan supaya kita TAK terpengaruh ngan sifat2 yang buruk daripada kawan tu... AKAN TETAPI.. jika tujuan kita hendak mengubah kawan tersebut ke arah KEBAIKAN...SALAH KE?? ..maka disini lah timbul persoalan SIAPA kita nk nilai seseorang tu???

sangat la sedih bila seseorang yang ingin berubah bila bila sebelum ini mmg diakui sosialnye lbey sket.. solatnye idak..enjoynye merate.... dikeji dan dihina bila die nk berubah.. dijeling smpai juling mate2 mereka yang menjeling..di cemuh mereka2 yang kononnya bagus...hmm.. susah.... maka die yang nak berubah ni..jd la die ni spt asal.. 

dijadikan cerita.. maka berkawan la si kawan yang dipulau kawan..ngan seseorg yang ingin berubah td.... so..maka bertambah2 la kejian..hinaan..cemuhan makhluk2 Allah nie.. sepatutnya..kte sesame makhluk ni hendak la membimbing antara satu sama lain..lagi2 di bulan RAMADHAN ni.. bkn di keji org yg nk brubah tu.. smpai ble la die x brubah ble kte wat gitu... dan kpd Hamba Allah yang buat fitnah tu..semoga Allah masukkan iman dalam diri die dan smoga die rs ape yang kawan die rasa...
sekian wat ms ni...coz ak ade keje ni... nnt ak sambung la kemudian part-2 k... 

wallahualam......zzZZAAaaaaSSSSS...........

 

3 Komen-komen

Anonymous said...

slmt berpuasa :)

Khairin Azhan said...

tq...
selamat berpuasa...

Khairin Azhan said...

p/s: tahniah anda org pertama yg komen bg post yg ke 100...

Waktu Solat

 
~ArJae-KhaN~ © Copyright 2010 | Design By N.M.Khairin Azhan |